Thursday, August 4, 2011

Bosan Dengan Internet Slow? Ni Cara Untuk Fix

Google telah memperkenalkan perkhidmatan Google Public DNS dalam usaha untuk membolehkan pengguna Internet melayari web dengan lebih pantas. Seperti perkhidmatan Google yang lain, Public DNS adalah percuma dan cara menggunakannya pula amat ringkas dan senang, boleh buat dalam masa satu minit sahaja. ..

Apa itu DNS?

DNS (Domain Name System). Maklumat lanjut boleh rujuk di DNS wiki. ..

Faedah menggunakan Google Public DNS?

Browsing lebih lanju, meningkatkan tahap sekuriti pelayaran internet anda serta dapat search result yang anda mahukan tanpa redirection. ..

Apa beza Google Public DNS dengan OpenDNS dan Comodo DNS?

Saya adalah peminat OpenDNS sebelum ini, dan kadang-kadang ada guna Comodo DNS juga. Ketiga-tiga dns provider ini menyediakan perkhidmatan yang percuma dan meningkatkan tahap sekuriti, cuma yang membezakan antara ketiga-tiga perkhidmatan ini adalah kelajuan.

Lihat gambar di bawah : 


Kalau diperhatikan, Google Public DNS lebih laju (8.8.4.4) berbanding OpenDNS (208.67.220.220). Selamat tinggal OpenDNS…hehe..

Tutorial guna Google Public DNS

Betul-betul laju apabila bertukar menggunakan Public DNS ini. Rugi kalau saya tak kongsi cara menggunakannya, jadi ikutilah tutorial ini. Saya tulis seringkas mungkin bagi memudahkan anda faham.
Adress bagi Google Public DNS;
8.8.8.8
8.8.4.4


1) Untuk router

Masuk configuration router anda (contoh 192.168.1.1 atau berbeza mengikut jenis router). Kemudian pergi ke page yang tertulis DNS. Tukar adress DNS sedia ada kepada Google Public DNS. 

Gambar : 

Save dan restart router anda. Dah pun berjaya guna Google Public DNS ini.


2. Untuk komputer

Gambar : 

Masuk network connections > Right click pada connection internet anda > Properties > IPV4 > Properties.

Pada bahagian IPV4 Properties, di bahagian DNS adress masukkan:

Preferred DNS server : 8.8.8.8

Alternate DNS server : 8.8.4.4

Kemudian tekan ok, dan cuba bandingkan speed pelayaran internet sebelum dan selepas menggunakan Google Open DNS...

Tak best pun, camne nak cancel nih?

Kalau anda rasa google open dns ini tak best, boleh revert kepada default dns dengan memilih obtain dns server adress automatically...

Keliru? Tidak tahu cara nak set di Linux dan Mac? Tak faham tutorial JomPHP?

Jika ada masalah diatas, saya cadangkan anda baca di web google public DNS. Ataupun boleh download PDF file ini : Klik Sini

Nota: Penukaran DNS hanya meningkatkan kelajuan browsing, tetapi kelajuan download tidak akan bertambah. Anda boleh gunakan Google Public DNS di mana2 ISP tak kira streamyx, p1 wimax, celcom bb dsb. Harap maklum.

Jika anda masih tidak faham cara set google dns, download dan cuba tool di bawah ini. Anda boleh tukar kepada google public dns, opendns, dan lain2 dns address dengan senang. Gambar : 

Download DNS Jumper : Klik Sini

Wednesday, August 3, 2011

Mari Belajar HTML Bahagian 1


Html bermaksud Hyper Text Markup Language dibangunkan oleh World Wide Web consortium. Tim Berners-Lee merupakan pengasas HTML juga tersenarai dalam 100 orang genius di dunia. Mempelajari tidaklah sesukar PHP atau Javascript kerana bersifat statik. Semua kod html bermula dangan tag <html> dan berakhir dengan </html> 


Sebelum itu, korang boleh muat turun Notepad++ secara percuma disini
http://notepad-plus-plus.org/download/v5.9.2.html. Untuk tutorial bahagian 1, buatkan 1 folder dan simpan sebagai html. Buka notepad++, buatkan fail baru dan simpan sebagai index.html didalam folder html. (Jika anda menaip www.contoh.com secara automatik ia akan pergi ke fail index.)

Dalam fail index.html tuliskan kod

<html>
<head>
<title>Tutorial html bahagian 1</title>
</head>
<body>
Segala kod html, design berada disini!
</body>
</html>

Simpan dan buka menggunakan web browser-ie, firefox, google chroome, opera..
ape yang korang nampak? = Segala kod html, design berada disini!

Ok, sekarang tambahkan <b></b> pada awal dan akhir ayat tadi menjadi:
<b>Segala kod html, design berada disini!</b> simpan fail index dan refresh web browser
(atau guna Ctrl + s).
Segala kod html, design berada disini! akan tertera pada web browser dalam bentuk bold.

Menukar saiz
Boleh guna <h1></h1>, <h2></h2> , <h3></h3>.

Table
Ganti Segala kod html, design berada disini! dengan kod dibawah:

<table align="center" width="800px" height="600px" bgcolor="#999999" border="0">
<tr>
<td width="50%">1</td><td width="50%">2</td>
</tr>
<tr>
<td width="50%">3</td><td width="50%">4</td>
</tr>
</table>

simpan dan refresh web browser. anda akan memahami bagaimana menggunakan table dalam html
Tips
1. align= center, left, right
2. width= px(pixel) atau % contoh width="80%" atau width="900px"
3. bgcolor boleh usha kat sini http://www.w3schools.com/cssref/css_colors.asp

Link
Cipta fail baru dan simpan sebagai about.html
Copy semua html kod pada index.html dan paste didalam about.html

pada index.html, tukar no 1 pada table dengan kod dibawah:
<a href="about.html">About</a>

Link pada gambar
Buat folder baru didalam folder html simpan sebagai gambar.
Sekarang muat turun gambar profile facebook masing2 dan simpan dalam folder gambar. Tukarkan nama gambar anda kepada logo.jpg
gunakan kod dibawah dan letakkan pada no 2 didalam table:
<a href="about.html"><img src="gambar/logo.jpg" width="300px" height="300px"></a>
simpan fail index dan refresh web browser.

Sekian untuk kali ni..
Tutorial akan datang: menggunakan css pada html

Mari Belajar HTML Bahagian 2 (CSS)





Kita telah pun mempelajari HTML pada bahagian 1
Pada kali ini saya akan menunjukkan asas menggunakan css pada html.
CSS bermaksud Cascading Style Sheet digunakan bagi memudahkan kerja merekabentuk sesebuah laman web. Memang benar kita boleh buat design yang cantik tanpa CSS, tapi kalau 100page??? Penatlah nak design tiap2 page.. 

Cara meletakkan fail css pada html hanya manggunakan sebaris kod seperti dibawah:
<head>
<link href="namaFail.css" rel="stylesheet" type="text/css" media="screen" />
</head>

Pada fail html, kita akan gunakan div tag dan bagi meletakkan design pada fail css
  • <div id="namaId">
  • <p>Contoh text</p>
  • <h1>Head 1</h1>
  • <h2>Head 2</h2>
  • <a href="fail.html">Link</a>
  • <img src="gambar.jpg" alt="gambar" width="100px" height="100px">
  • </div>
id pada div tag akan menghubungkan design dari fail css ke fail html

#namaId {
    design seluruh bahagian namaId contoh- tetak background color, kedudukan(center, left,           top, bottom, right) 
}

#namaId p {
   design untuk <p> atau paragraph
}

#namaId h1 {
   design untuk <h1> 
}

#namaId h2 {
   design untuk <h2> 
}

#namaId a {
   design untuk link
}

#namaId img {
   design untuk gambar
}

Note: Abaikan tanda titik hitam di tepi.

Menukar Fail DOC ke PDF di Talian


Antara aplikasi percuma dengan antaramuka ringkas. Anda perlu sediakan alamat emel untuk menerima fail yang telah ditukarkan dan ia boleh menukar pelbagai dokumen, web dan imej kepada PDF.

Anda hanya perlu pergi ke laman web tersebut.