Thursday, August 4, 2011

Bosan Dengan Internet Slow? Ni Cara Untuk Fix

Google telah memperkenalkan perkhidmatan Google Public DNS dalam usaha untuk membolehkan pengguna Internet melayari web dengan lebih pantas. Seperti perkhidmatan Google yang lain, Public DNS adalah percuma dan cara menggunakannya pula amat ringkas dan senang, boleh buat dalam masa satu minit sahaja. ..

Apa itu DNS?

DNS (Domain Name System). Maklumat lanjut boleh rujuk di DNS wiki. ..

Faedah menggunakan Google Public DNS?

Browsing lebih lanju, meningkatkan tahap sekuriti pelayaran internet anda serta dapat search result yang anda mahukan tanpa redirection. ..

Apa beza Google Public DNS dengan OpenDNS dan Comodo DNS?

Saya adalah peminat OpenDNS sebelum ini, dan kadang-kadang ada guna Comodo DNS juga. Ketiga-tiga dns provider ini menyediakan perkhidmatan yang percuma dan meningkatkan tahap sekuriti, cuma yang membezakan antara ketiga-tiga perkhidmatan ini adalah kelajuan.

Lihat gambar di bawah : 


Kalau diperhatikan, Google Public DNS lebih laju (8.8.4.4) berbanding OpenDNS (208.67.220.220). Selamat tinggal OpenDNS…hehe..

Tutorial guna Google Public DNS

Betul-betul laju apabila bertukar menggunakan Public DNS ini. Rugi kalau saya tak kongsi cara menggunakannya, jadi ikutilah tutorial ini. Saya tulis seringkas mungkin bagi memudahkan anda faham.
Adress bagi Google Public DNS;
8.8.8.8
8.8.4.4


1) Untuk router

Masuk configuration router anda (contoh 192.168.1.1 atau berbeza mengikut jenis router). Kemudian pergi ke page yang tertulis DNS. Tukar adress DNS sedia ada kepada Google Public DNS. 

Gambar : 

Save dan restart router anda. Dah pun berjaya guna Google Public DNS ini.


2. Untuk komputer

Gambar : 

Masuk network connections > Right click pada connection internet anda > Properties > IPV4 > Properties.

Pada bahagian IPV4 Properties, di bahagian DNS adress masukkan:

Preferred DNS server : 8.8.8.8

Alternate DNS server : 8.8.4.4

Kemudian tekan ok, dan cuba bandingkan speed pelayaran internet sebelum dan selepas menggunakan Google Open DNS...

Tak best pun, camne nak cancel nih?

Kalau anda rasa google open dns ini tak best, boleh revert kepada default dns dengan memilih obtain dns server adress automatically...

Keliru? Tidak tahu cara nak set di Linux dan Mac? Tak faham tutorial JomPHP?

Jika ada masalah diatas, saya cadangkan anda baca di web google public DNS. Ataupun boleh download PDF file ini : Klik Sini

Nota: Penukaran DNS hanya meningkatkan kelajuan browsing, tetapi kelajuan download tidak akan bertambah. Anda boleh gunakan Google Public DNS di mana2 ISP tak kira streamyx, p1 wimax, celcom bb dsb. Harap maklum.

Jika anda masih tidak faham cara set google dns, download dan cuba tool di bawah ini. Anda boleh tukar kepada google public dns, opendns, dan lain2 dns address dengan senang. Gambar : 

Download DNS Jumper : Klik Sini

0 comments:

Post a Comment